Monday 16 May 2011

PENENTUAN KEJAYAAN BELAJAR SECARA INDIVIDU :P

Terdapat banyak strategi belajar untuk membuahkan hasil yang baik. Strategi belajar antara seseorang pelajar dengan yang lain pada asasnya sama tetapi kejayaan setiap strategi yang digunakan tidak semestinya sama. Secara umumnya terdapat dua strategi yang sering digunakan pelajar semasa proses belajar dijalankan iaitu belajar secara berkumpulan iaitu koperatif atau kolaboratif dan belajar secara individu. Dalam hal ini, terdapat di kalangan pelajar yang menggunakan kedua-dua strategi ini dalam suatu masa. Sungguhpun demikian, pada kebiasaannya ruang untuk belajar secara berkumpulan ini sukar diperoleh kerana masalah yang tidak dapat dielakkan umpamanya kedudukan rumah yang berjauhan, sukar mencari rakan yang ingin menyertai kumpulan dan masalah-masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Bagi pelajar asrama masalah ini tidak begitu ketara kerana kesempatan tersebut boleh diperolehi dengan mudah.
Lanjutan masalah di atas, pembelajaran secara individu merupakan pilihan utama di kalangan pelajar yang tidak berpeluang melaksana pembelajaran secara koperatif. Strategi ini merupakan peluang bagi pelajar melaksana tanggungjawab secara bersendirian dan mengawal kelancaran pembelajaran masing-masing. Kualiti atau hasilan belajar secara individu amat bergantung rapat kepada bahan atau sumber yang digunakan. 
Andaian-andaian yang mempengaruhi pembelajaran secara bersendirian ini:
  • Jumlah masa dan amalan yang digunakan oleh pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran berbeza di antara satu sama lain. Hal ini bergantung kepada kebolehan dan kemahiran asas yang ada pada diri seseorang pelajar. Oleh itu, jika masa yang digunakan untuk menjalankan aktiviti belajar untuk sesuatu mata pelajaran terlalu lama, anda tidak perlu bimbang kerana ada kemungkinan penguasaan asas tentang subjek tersebut masih kurang.Yang penting anda jangan cepat putus asa. Jika anda berfikiran positif, anda akan katakan bahawa bukan semua mata pelajaran anda lemah tetapi hanya beberapa mata pelajaran sahaja yang lemah.

  • Merancang dengan baik bahan yang ingin dipelajari. Sebagai pelajar anda perlu mengikuti unit-unit yang dipelajari dan bijak menentukan masa. Pada peringkat ini, seseorang pelajar perlu menyusun bahan-bahan yang hendak dipelajari dengan baik yakni disusun dengan kemas dan teratur mengikut urutan umpamanya dari mudah ke peringkat susah atau dari konsep asas kepada konsep yang kompleks. Hal ini penting terutama untuk menyiapkan nota-nota ringkas atau proses membuat latihan tertentu.

  • Sumber atau bahan yang tidak mencukupi akan mengurangkan kefahaman atau penguasaan sesuatu konsep atau topik yang dipelajari. Sekiranya bahan-bahan rujukan tidak mencukupi, maka aktiviti yang dijalankan kurang berkesan dan efektif. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah buku teks sebagai rujukan utama, nota ynag disediakan guru, buku rujukan tambahan dan soalan-soalan yangboleh meningkatkan daya kefahaman masing-masing. Bahan atau sumber yang mnecukupi membolehkan seseorang pelajar membuat nota ringkas yang sistematik dan membuat latihan-latihan yang bersesuaian tentang sesuatu tajuk yang dipelajari. Pilih soalan yang seakan-akan sama dengan soalan peperiksaan sebenar. Sebagai panduannya, soalan-soalan latihan tersebut seakan-akan sama dengan soalan tahun-tahun lepas dari perspektif bentuk soalan, kata kunci soalan, gambarajah dan sebagainya. Soalan-soalan masa kini lebih menjurus kepada kemahiran pemikiran kritis, kreatif dan generik.

  • Pembelajaran secara individu ini memerlukan seseorang pelajar menilai diri sendiri dengan cara menilai peningkatan dan pencapaian masing-masing. Menilai diri ini perlu dilakukan dalam berbagai cara sama ada dengan menjawab soalan peperiksaan atau menerangkan kepada rakan jika ada peluang. Walaupun seseorang pelajar boleh menjawab soalan dengan baik tetapi kadang-kadang jawaapannya terpesong daripada skema soalan khususnya dalam situasi peperiksaan. Masalah ini ada kaitan dengan penentuan isi sesuatu esei yang ditulis. Fenomena ini berlaku kerana pelajar tidak menguasai laras soalan, umpamanya perbezaan antara terangkan, jelaskan, bandingkan, huraikan, catatkan, nota ringkas dan sebagainya. Dalam konteks mata pelajaran yang lebih teknikal seperti mata pelajaran Sains, Prinsip Akaun, Geografi dan sebagainya penggunaan istilah dan konsep yang betul di samping laras bahasa mata pelajaran tersebut perlu dikuasai supaya makna ynag diberikan tepat dan memperoleh markah. Kesilapannya ini boleh menyebabkan anda tidak memperoleh sebarang markah walaupun dari segi penggunaan bahasa yang biasanya dianggap betul. Hal ini boleh diselesaikan dengan cara membuat jadual untuk dibuat ulangkaji dengan menyusun unit-unit atau topik-topik selama satu semester. Jika tidak masih banyak tajuk yang belum dibaca walaupun banyak masa yang telah diperuntukkan untuk mata pelajaran tersebut.

  • Seseorang pelajar tidak boleh memulakan unit yang baru selagi tidak menguasai unit yang awal. Meneruskan pembelajaran tanpa menguasai unit sebelumnya boleh menyebabkan anda tidak dapat menjawab soalan peperiksaan. Hal ini disebabkan setiap unit yang dibaca ada kaitan dengan unit yang lain. Perkara ini lebih ketara dalam mata pelajaran Sains, Matematik, Ekonomi, Prinsip Akaun dan sebagainya. Anda perlu sabar dan tekun untuk menguasai setiap unit dan sekiranya terdapat masalah dalam unityang dibaca anda perlu merujuk dengan cepat kepada unit sebelumnya.

  • Setiap pelajar akan lebih bertanggungjawab dalam merancang dan melaksana program pembelajarannya sendiri dan tidak terbatas di dalam kelas sahaja. Anda perlu memprogramkan diri anda di rumah dengan aktiviti membuat ulangkaji yang sistematik dan teratur. Pada umumnya, sebelum mempelajari sesuatu mata pelajaran anda perlu membaca sekurang-kurangnya sekali di rumah dan membuat ulangkaji dengan kadar secepat mungkin selepas membincangkannya dalam kelas, khususnya selepas penerangan guru supaya maklumat tersebut dapat difahami dan dikuasai dengan baik. Selain itu, anda perlumenyediakan jadual waktu harian dan mingguan iaitu Sabtu dan Ahad supaya hari kelepasan tersebut bermakna dari aspek pembelajaran. Cara-cara membuat nota, cara-cara mengingat, teknik menjawab soalan, skema sesuatu mata pelajaran perlu dipelajari sama ada daripada guru atau buku rujukan yang berkualiti.
Rancanglah pembelajaran mengikut kebolehan masing-masing dalam sesuatu mata pelajaran yang ingin dikuasai dan menentukan keutamaan sesuatu mata pelajaran sebagai sasaran utama sebagai tujuan kerjaya pada masa akan datang.

Sunday 15 May 2011

Kanak-kanak lapan tahun disuntik botox


BRITNEY CAMPBELL disuntik dengan botox.


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Pihak berkuasa San Francisco sedang menyiasat seorang ibu yang mengakui memberikan suntikan botox antikedutan kepada seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang menyertai pertandingan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang ahli kecantikan sambilan, Kerry Campbell mendapat kecaman ramai setelah dia menyuntik wajah anaknya, Britney dengan botox bagi menghilangkan kedutan yang muncul di wajah gadis itu ketika dia tersenyum.
Kerry mendakwa dia hanya memberikan rawatan itu ketika anaknya menyertai pertandingan kecantikan.
Wanita itu menegaskan bahawa anaknya itu meminta dia disuntik dengan botox.
Bagaimanapun, seorang pakar psikiatri, Dr. Charles Sophy berkata, ibu kanak-kanak berkenaan menghadapi risiko serius kerana merosakkan kehidupan anaknya berdasarkan aspek fizikal dan psikologi.
Suntikan botox amat menyakitkan dan tidak disyorkan untuk dilakukan ke atas perempuan di bawah umur 18 tahun. – Agensi

Friday 13 May 2011

eeeeeeeeeee yerk !

Artikel ini telah lama tersebar di Internet dan kini admin lihat tidak ketinggalan di Facebook kandungan e-mailnya ialah:

Dipetik dari email yang diberi-
kesahihan : tak pasti, just jaga2..

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.
Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan.
Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..
Ceritanya macam nie:-
Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan…nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’
AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..
N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan.....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…...kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…
Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…
n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .
milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….
Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih kepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…
Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….
wallahhualam…

Admin menjumpai beberapa Sumber yang menafikan dakwaan tersebut:

ISU Sardin
Assalamualaikum.

Tuan / Puan,

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, mengikut regulasi undang-undang pemakanan di Malaysia dan Singapura, adalah wajib untuk menyatakan semua bahan-bahan yang terkandung dalam senarai pemakanan setiap label.

Tidak terdapat bahan-bahan lain dalam semua produk Ayam Brand selain dari apa yang tertera di atas label produk tersebut.

Kami mengesahkan di sini bahawa bahan-bahan dalam Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah seperti yang tertera pada Senarai Pemakanannya iaitu ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, gam xanthan ( sebagai kondisioner pemakanan ) dan garam. Tiada terdapat bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.

Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan perbadanan-perbadan an HALAL mengikut negara-negara yang mengeluarkan produk tersebut.

Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang kami di Malaysia , Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.

Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan Mackerel Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005 (SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut di www.islam.gov. my ataupun menghubungi 03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat A. Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.

Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurny a adalah dibawah naugan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.

Memandangkan keseriusan maklumat palsu ini, kami akan juga menghantar emel ini kepada alamat-alamat email yang terkandung dalam emel-emel yang kami terima.

Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.

Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.

Wassalam.

Yang Benar,

Encik Mohammad Hisham Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.

Salam Guysssss !








yesterday paper MATH . agak pening mau buat paper 2. Holly %^&*!! haha . bosan yng teramat time jawap tuuuuuuuuuuu. seb baik bukn SPM . kalau SPM lah . hancus . xpe . asalkan Soalan Graf Saya Buat . kikikiki . so Bila xBoole utk Menjawap . Saya dan BFFFFFs akan menjadi Gila Seketika, Ths My BFFFFFFs Maizatul Nadia . N Muzaimil Huzairi . tgok sikit muke diaorgg . HAAAAA TU DIAAAA tension ! HAHA . <3 LEBIU GUYS, :) Lps ni tgk ketensionAN paper SEJARAH, :p

Tuesday 10 May 2011

Lelaki tanpa wajah dapat muka baharu


KIRI:WIENS sebelum wajahnya hilang, TENGAH:WIENS sebelum dibedah. KANAN:WIENS memakai cermin mata.


LOS ANGELES - Seorang lelaki, Dallas Wiens yang menjadi lelaki pertama di Amerika Syarikat (AS) menerima pembedahan pemindahan muka penuh mendedahkan muka barunya kepada dunia buat pertama kalinya dalam rancangan Good Morning America terbitan ABC semalam, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki berusia 25 tahun itu mengalami kecacatan wajah selepas mukanya terbakar dalam satu kemalangan kabel elektrik berkuasa tinggi pada 2008.
Dia menjalani pemindahan muka itu di Hospital Brigham dan Wanita di Boston dengan melibatkan lebih 30 doktor, jururawat dan pakar bius pada bulan Mac lalu.
Bagi Wiens, merasai semula ciuman anak perempuannya adalah pencapaian yang paling bermakna.
Kini, dia sudah boleh menunjukkan wajahnya kepada anak perempuannya, Scarlett yang berumur tiga tahun.
"Pengalaman merasai semula ciumannya selepas lebih dua tahun setengah adalah sangat menakjubkan. Sebelum ini, saya tidak rasa apa-apa di wajah saya," katanya.
Walaupun masih buta, Wiens juga sudah boleh menghidu bauan.
Wiens mengakui, jika bukan kerana Scarlett, dia tidak akan menandatangani persetujuan untuk menjalani pembedahan bagi menggantikan hidung, bibir, kulit otot dan urat wajahnya yang amat menyakitkan
click at deco . :) hehe.

FUTURE :)

DBE3ep1DBE3ep2
Episode 1Episode 2
Transformasi indah dalam gaya moden kontempori menukar setiap sudut ruang tamu. Ruang diberi depth perception untuk memberi ilusi ruang yang luas.
Pengubahsuaian diteruskan di sebuah condominuim yang menantikan wajah baru di ruang sederhana ke gaya eksotik yang membawa tuan rumah ke ruang impian gaya timur tengah.
DBE3ep3DBE3ep4
Episode 3Episode 4
Sebuah bilik tidur yang kurang lengkap dari segi gaya, pencahayaan dan fungsi menerima pengubahsuaian percuma dari DBE.
Ruang tamu yang mempunyai kesilapan dalam dekorasi dengan penggunaan warna merah yang keterlaluan menerima total makeover untuk imej baru.
DBE3ep5DBE3ep6
Episode 5Episode 6
Ruang tamu yang penuh sesak dengan penggunaan warna yang kurang menarik menerima pengubahsuaian ke dimensi baru dari Deko Bersama Eric.
Ruang makan era 80an kediaman ini memerlukan wajah baru sebagai tempat makan dan berkumpul sebuah keluarga besar yang sering menjadi hos majlis makan untuk keluarga dan jiran.
DBE3ep7DBE3ep8
Episode 7Episode 8
Episod DBE kali ini melakukan transformasi di bahagian exterior kediaman. Sebuah laman yang mempunyai masalah permukaan bersimen dan sudah hilang fungsi sebagai penyeri bahagian exterior kediaman.
Sebuah flat yang basic tanpa keperluan ruang yang asas menerima pengubahsuaian percuma untuk transformasi lengkap membuktikan seburuk manapun DBE dapat membawa ‘designer touch’ ke ruang yang memerlukan transformasi.
DBE3ep9DBE3ep10
Episode 9Episode 10
Sebelum: Ruang tamu yang serba kekurangan dan bermasalah. Selepas: Transformasi indah yang memberi identiti baru untuk ruang.
Sebelum: Ruang tamu yang serba kekurangan dan bermasalah. Selepas: Transformasi indah yang memberi identiti baru untuk ruang.
DBE3ep11DBE3ep12
Episode 11Episode 12
Sebelum: Bilik tidur yang mengalami kesilapan dekorasi dari segi penggunaan warna untuk dinding memerlukan sentuhan DBE. Selepas: Dimensi baru bilik tidur yang serba lengkap dan bergaya.

Sebelum: dapur serba kekurangan dan mencabar yang memerlukan transformasi. Selepas: Dapur indah yang praktikal dan menawan menjelma dalam hanya 7 jam lengkap dan fully functional.

Followers